Wednesday, October 5, 2011

pkirlah...:)

 Sayangnya Allah Pada Perempuan 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

Tuesday, October 4, 2011

Kehadapan future adinda yang dikasihi. Hari ni memang saya tak ada kerja dan tiba-tiba je terlintas dalam fikiran saya untuk tuliskan surat untuk awak. Jangan awak terkejut ketika membaca surat ini, sememangnya surat ini saya tulis khas untuk awak. Saya tahu, awak tak mengenali saya. Begitu juga saya disini. Saling tak mengenali sebelum kahwin lagi sweet kan.? Saya tahu saya sweet.
Future adinda,
Saya menulis ini bukan sebab apa, tapi sebagai persediaan awal untuk awak berjumpa dengan saya. Awak jangan risau. Ketika awak berjumpa saya nanti pasti awak akan rasa teruja sebab ramai kata muka saya macam botak juvana. Meski pun saya ada rambut. Yes saya ada rambut. Setakat ni lah. Tak tahu pula apa akan terjadi pada masa akan datang.
Ehem.
Wahai future adinda, saya harap awak tak meluat kalau saya belikan awak banyak tudung. Labuh. Wait wait. Bukan saya nak paksa awak pakai tudung labuh. Tapi kat mata saya, perempuan tudung labuh ni sweet lah. Macam treasure yang belum di discover. Priceless lah kata kan.Harap awak tak memilih. Bukan apa. Memilih sangat nak buat apa.? Handsome handsome, nanti kena kebas awek lain yang lagi solid dari awak. Awak nak.? Tak nak, kan.? Saya tahu. Orang botak tu setia. Sebab tu saya tak botak. Eh tak tak. Meski pun saya tak botak, saya setia tau. Awak jangan percaya diorang yang cakap saya ni gatal. Diorang tu semua dengki tu. Maklumlah, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya.Bila saya puji perempuan tudung labuh tu cantik, saya bukan cakap awak tak cantik. Awak cantik. Ok apa. Saya tahu perempuan suka pakai tudung segera. Suka pakai shawl. Ok apa. Bertudung jugak. Tapikan, saya tak nak lah orang lain tengok awak dengan pandangan berahi. Bukan apa. Even shawl pun, memang lah nampak ianya melabuh sampai ke bawah dada. The thing is. Depan je labuh. Kat belakang tu tergantung, sayang. Tak tahu lah saya, kalau orang yang pakai shawl sampai nampak leher tu saja nak menunjuk or apa. Maklumlah, perempuan kan suka pujian, kan.? Lagi pendek shawl, makin orang puji comel, kan.? Saya tahu, ramai perempuan lagi pentingkan pujian dari tuntutan Allah. Eh saya tak cakap awak tau. Saya cakap yang antara kaum awak je. Awak baik. Tudung awak selalu tutup depan dan belakang. Kan.? Saya tahu awak mana main tudung tudung pendek ni.Awak mana faham lelaki ni macamana. Ni biar saya bagitahu awak. Lelaki bila dapat tengok part badan perempuan kat mana mana pun boleh terliur, tahu.? Nak nak kat belakang badan perempuan area pinggang sampai leher tu. Bila perempuan pakai shawl, komform komform nampak area tu. Kadang kadang saya tengok ada yang pakai shawl sampai nampak leher pun ada. Kalau tang tudung segera tu tak payah cakaplah. Memang sah sah pendek.

Future adinda tersayang,


Wahai future adinda, saya nak awak tahu. Saya ni tak minat jadah korea. Bukan nya tak minat, maksud saya saya terus ban. Tak.. tak.. ehem. Saya still boleh lepak dengan diorang (girls mostly) yang minat korea. Cuma kalau boleh, lepas kahwin nanti, saya taknak lah awak pasang lagu korea or letak gambar artis korea banyak banyak dalam rumah.
Bukan apa. Saya tengok, ramai gila perempuan finatik artis korea. Sampai facebook pun gambar artis korea. Ada apa sangat dengan lelaki korea.? Muka jambu.? Eh. Lelaki Malaysia pun muka jambu apa. Diorang romantik.? Eh. Lelaki Malaysia pun romantik jugak lah. Cuma kaum perempuan je tak perasan. Bila dah dapat lelaki Malaysia yang romantik, dikatanya, "Eww.! Mat bunga. Eww.! (again =.=)".Eh. Awak tak. Awak mana ada letak mana mana muka artis korea kat dalam lappy. Apatah lagi kat bilik. Setakat ni facebook pun, awak tak ada kan.? Saya tahu. Orang macam awak mana suka bersosial. Bagus. Saya suka. Barulah priceless. Bila tak ada facebook, mesti tak ramai lelaki nak mengurat awak, kan.? Saya tahu awak tak pandai It. Saya suka part yang tu. *smiley face*



Awak, kalau boleh, saya harap awak tak kisah kalau saya totally tak ingat birthday awak. Saya pernah dengar perbualan dua perempuan yang cakap lelaki akan ingat birthday perempuan yang dia suka. Maksudnya, bila jadi first wisher bermaksud lelaki tu sayang perempuan tu.? Habis tu, benda lain yang dibuat tu, tak ada makna lah, ya.? Kalau macam tu, sia-sia lah saya belikan handyplass masa jari awak terkena paper cut. *sad face*


Saya tak nak sentuh bab awak tak pandai masak. Sebab saya tahu, mesti awak nak mempertikaikan pasal kalau sayang, tak kisah pandai masak or tak. Kan boleh makan kat luar. Saya tahu awak akan cakap macam tu. Kalau macam tu baik saya kahwin dengan tukang masak kat luar tu. Ye tak.? Tak pun susah susah sangat tak nak makan luar, baik saya upah bibik comel dari korea. Ok kan.? Teman berbual pun awak ada. Baik kan, saya. Awak pun boleh duduk relax goyang kaki kat rumah. (idea Khairul)
Setakat ni, saya belum pernah saya lupa birthday saya. So, tak mustahil untuk saya ingat birthday awak juga. Oh ya. Cakap pasal birthday ni, kaum awak mesti selalu tertanya tanya nak belikan bf dia hadiah apa, kan.? Awak jangan risau. Saya tak cerewet. Awak belikan je saya kain pelekat. Tak pun kopiah. (Teringin nak orang hadiahkan kopiah sebenarnya). See, saya tak cerewet, kan.?



Satu lagi yang saya mintak. Please please please and please jangan tanya banyak kali saya sayang awak or tak. Awak pun tahu jawapannya. And please jangan suruh saya sayang awak seorang sahaja. And jangan larang saya panggil perempuan lain dengan perkataan 'sayang'. Saya tak boleh janjikan semua tu. Sebab saya still akan sayang kat perempuan lain. Still akan panggil perempuan lain sayang. And perempuan tu adalah insan yang akan panggil awak ummi.


Future adinda yang comel,


Kat sini saya bukan nak kongkong awak or apa. Buat tu salah buat ni salah. Saya cuma bagi tahu persediaan awal je. Jangan lah awak merasa bengang ketika membaca warkah ini. Niat awak nak baca je warkah ni dah kira saya sayang awak. Yes. Saya ambil berat pasal awak.



So, tak ada lah awak tak pandai masak, merajuk kalau saya lupa birthday awak, tepek muka artis korea banyak banyak dalam rumah or dalam lappy, awak nampak sexy meskipun awak bertudung, and yang paling penting, awak kena tahu. Comel mana pun muka awak, saya tetap sayang awak. Sebab saya sayang awak.

bahasa ganu..bahasa no 2 dunia selepas bahasa arab..hahaha

KAMUS BAHASE GANU...AMBIK TOH...
Abih te = Sekuat tenaga/Semaksimum mungkin
Beradong = Beriya-iya
Bettak = Lambat/Lambat pikap
Bijjok = Memandai-mandai
... ... Buoh Smete = Buah manggis
Cakduh = Gopoh
Cong = Bodek
Congek = Wheelie
Duk nyenggeng = Berbaring mengiring
Gelekek = Ketawa
Gelenyar = Gatal miang
Ggendong = Membonceng motosikal, basikal
Jereba = Menerpa/Dive
Kattang = Berotot/Tubuh sasa
Khussah = Comot
Koho = Semakin/perlahan (ada 2 maksud)
Koho-koho = Beransur-ansur
Lebbong/Nawwok/Plawok = Tipu
Liyut = Lemau
Mussang = Bengis
Nyor = Kelapa
Rhabok = Koyak
Rhok = Semak
Tembor = Lari
Timun cina = Tembikai
Tubek = Keluar
Kabor/kabo/royak = beritahu

Kuning sior
Meroh nyale/nyela
Putih leppuk
Hitang Kellit
Ija naung

Belok belekor = Bengkang bengkuk
Berat nanang = Sangat berat
Besor jallor = Sudah dewasa
Bising bangor = Sangat bising
Bolloq sero'/aro' = Sangat serabut
Busuk kohhong/bango = Sangat busuk
Ceroh nerang = Sangat terang
Chome lotte = Sangat comel
Dekkut pait = Sangat kedekut
Gelap guggup = Sangat gelap
Gemok mettoq = Sangat gemuk
Gguling bating = Bergolek-golek
Hancing pering = Sangat hancing
Huduh seppang = Sangat hodoh
Kecik tuek = Sangat kecil
Kelak sebbat = Sangat kelat
Kerah kejjong = Sangat keras
Kuruh kekkek = Sangat kurus
Manis netting = Sangat manis
Masang Rhebbang = Sangat masam
Masin pekkok = Sangat masin
Nipis nayang - Sangat nipis
Laju deccung = Sangat laju
Pahit leppang = Sangat pahit
Panah derring = Sangat panas (digunakan untuk cuaca)
Panah kellung/so'oh = Sangat panas (digunakan untuk tempat)
Panah kettik = Sangat panas (digunakan untuk objek)
Panjang jenggong/jallor = Sangat panjang
Ringan leppung = Sangat ringan
Sejok kettor = Sangat sejuk
Senyak tuppah = Sangat senyap
Suke kerah = Suka berdekah-dekah
Tawor heber = Sangat tawar
Tinggi Sayup = Sangat tinggi

Dok dang dang = Tak sempat-sempat
Dok imboh = Tak memadai
Dok pahang - starang baroh/sutir habok/stabok = Langsung tak faham
Dok ppaka ghawa siket harrang = Langsung takde guna/sia-sia
Dok rhok cettong = Tak larat
Dok yyoh gadduh la = Jangan susah-susah la
Gelap gambo = Takde harapan
Langgor maccang = Redah jer
Nunggeng nyor = Jatuh terduduk
Air tujoh U P cap katun jogget = Air 7UP (kat Kuala Berang je kot)
nebeng ngoh and nyeh2 = mengada2

Friday, September 30, 2011

huhuhu....beshnya tdo hujan2 ni kan...da la klas xad...lau tdo...mlm r baru bngun...hahahaaha...besh kan lau jd owg kaya...owg yg bnyak duit...xcm aq...nak mkn pwn xbpe nak ad..lau ad duit...kan senang..pape je dpat beli kan..dia la minx beli something...aq bkn xnk beli..tp kalau le aq ni bnyak duit..xpyah minx..aq sendri yg beli..huhuhu...xpelah...stiap yg jd...ad hikmahnya..kan3...hheheheheh...so...lau nak minx sape2 belikan..suh jew..aq xkisah pwn...jnji hepi kan..nak kat owg yg belikan 2 pwn boleh...lnkali senang...nak pape..trus dapat..:) xad r nak tnggu..tnggu...ntah smpai bila kan..so...pkir lew...xdpat pape lau trus go on ngan aq..heheheeh...nyusahkan idup owg jew aq ni kan...:)


~minx maaf xdpat tunaikan apa yg kamoo nak..sy bkn owg senang..nak mkan pwn jimat2..~

alhamdulillah

salam...da lama xupdate blog...huhuhu...bosan kot ari2 ngan blog...xtau nk wt ape..da meluat aq tgok blog aq nie..bosan...bosan...n bosan...tp masuk nugak ork...hahahaha...aq masuk pwn xtau nk wt pe...da kene duk sowg lagi lam bilik...huhuh...sabor jelah...tp kadng2 besh gal duk sowg...mcm2 leh wt..~think positif k..huhuhu~ td da slesai satu presentation..fuhh...bapok leganya...ilang keserabutan aq..walaupun lecturer ad komen yg aq ni kaya ngan huruf "G" hahahaha.... biasa la..aq kan anak ganu...mana leh lari dr sebut g kat blakang...aq bkn xnk ubah...da memg xleh..huhuhu...lantak le nak ckap aq..jnji tun aq da lpas...skang prepare untuk final..final tnggal lagi 2 minggu...stdy xau ntah kemana..rasa mcm diri da terlalu pndai...hahahahha...subjek maut. usul fiqh...hahahah....dr awl sem smpai skang xtau ap kandungan pembelajaran usul fiqh...memg hebat...hahahahahaha...so...misi utama...lupakan fb..lupakan awek..hahahah..walaupun xad awek..wt2 ad la kan...huhuhu...skang idup untuk stdy..stdy untuk berjaya...chaiyok2!! for all my freinds smoga success lam final...usaha..doa..tawakal..insyaAllah...

Monday, September 26, 2011

Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.