Tuesday, August 9, 2011

kenapa perpisahan perlu wujud??

Tidak dinafikan, untuk mengekalkan hubungan ini amat sukar. Perlukan kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan. Alhamdulillah, walaupun hubungan ini ada rapuhnya tapi ia takkan ku biarkan runtuh. Insyaallah. Kadang-kadang bila diingat kembali kisah yang lepas, aku tersenyum sorang-sorang. Aku berpendapat, pergaduhan yang telah berlaku antara kami mengajar kami untuk tabah dalam setiap ujian, malah menambah rapat hubungan ku dengannya. Pada mulanya, aku merasakan yang kami mungkin tidak serasi. Tapi kami masih menyayangi dan telah menyelamatkan hubungan ini.

bab kata sidia. kalau dalam perhubungan itu, mesti ada api dan salah seorang mesti menjadi air. Jika ia ditambah dengan api juga, maka hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Ya, aku sedang mencuba untuk menjadi air jika api yang marak datang dalam hubungan ini. Bila menjadi air, aku harus membuang segala rasa ego, berburuk sangka terhadap sidia. Demi sidia aku sanggup berubah untuk kebaikan hubungan ini.

Baru sebentar tadi, kami berbual melalui telefon. Itu sahaja yang termampu bila sudah berjauhan. Rindu padanya tidak dapat dibuang walau pun sedang berbual dan mendengar ketawanya. Teringin sangat melihat wajahnya,  Rindu sangat bila teringat hari yang lepas. Seperti mahu berhentikan jarum jam, berhentikan masa dan biarkan kami melalui saat yang indah bersama dan tidak akan berpisah jauh seperti sekarang ni. Tapi aku tak mampu, ini satu kewajipan aku yang tak dapat aku elakkan. Sidia hanya mampu memberi semangat agar aku terus dan terus berusaha.

No comments:

Post a Comment